Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan (PETAH) ditubuhkan pada 5 Ogos 2011 dan memulakan operasi di No. 1, Jalan KP 18, Taman Krubong Perdana 75260 Melaka.
PETAH bernaung dibawah Yayasan Kebajikan Perkhidmatan dan Perubatan Malaysia (YKPPM).
Pertubuhan ini menaungi asnaf zakat, fakir, miskin, OKU, anak yatim, ibu tunggal, remaja insaf dan lain-lain yang layakmenerima zakat.
PETAH juga menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan barangan atau sumbangan dari masyarakat untuk disalurkan ke rumah-rumah kebajikan yang lain dan sesiapa sahaja yang sangat memerlukan.
PETAH kini menaungi 3 buah pusat jagaan iaitu Rumah Jalinan Kasih, Baiturrahman dan jannatul Maghfirah.