Persatuan Anak-Anak Harapan (PETAH) adalah sebuah pertubuhan yang menaungi tiga buah rumah amal bagi kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak-anak yatim, OKU dan asnaf zakat. Ia ditubuhkan pada Ogos 2011 dan menaungi: RUMAH JALINAN KASIH, BAITURRAHMAN dan JANNATUL MAGHFIRAH.
Atas dasar kasih sayang yang dituntut oleh ALLAH di kalangan kita sesama manusia, anak-anak ini diasuh agar mereka kenal dan yakin dengan Tuhan serta menerima ketentuan-Nya. Kasih sayang diperlukan oleh semua insan. Justeru itu di rumah ini anak-anak ini cuba disuburkan roh, mental dan fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Tuhan. .
Antara pendidikan yang dititikberatkan ialah seperti fardhua ain sesuai dengan peringkat masing-masing seperti belajar solat dan bacaan yang betul, belajar mengaji Al Quran, jadual waktu dari mula bangun sehingga tidur sesuai dengan jadual hidup mukmin. Pembelajaran akdemik juga ditekankan supaya mereka mendapat pendidikan akademik yang sempurna. Dengan ada penjagaan sepenuh ini diharapkan akan menjadikan mereka anak yang berguna walaupun ibubapa ataupun penjaganya tidak mampu memberikan keselesaan pendidikan lantaran kesempitan hidup dan sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan. . Selanjutnya